SELAMAT DATANG

...SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN SLIM VILLAGE. SILA HUBUNGI KAMI MELALUI TALIAN 05-4527387 ATAU E-MEL sk_slimvillage@yahoo.com UNTUK SEBARANG PERTANYAAN. TERIMA KASIH...

Tuesday, October 28, 2008

Kursus Kalkulator Saintifik

Hari ini akan diadakan Kursus Penggunaan Kalkulator Saintifik khusus untuk murid Tahun 6 dan guru-guru yang berminat. Masa yang dicadangkan antara jam 9.00 AM hingga 12.00 PM. Kursus ini anjuran Panitia Sains dan Matematik dengan kerjasama Jabatan Sains dan Matematik, Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang.

Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan di samping penerangan tentang cara penggunaan kalkulator saintifik. Hadiah-hadiah juga disediakan kepada murid yang dapat menjawab kuiz.

Semoga aktiviti bermanfaat sebegini selalu dijalankan untuk mengisi masa murid-murid Tahun 6 selepas UPSR.

Terima kasih kepada PSAS atas kerjasama yang diberikan.

Tuesday, October 14, 2008

Kem Motivasi di SKSV

Pada hujung minggu ini, satu program yang dinamakan KEM BINA DIRI DAN KHIDMAT MASYARAKAT akan berlangsung di SKSV. Ianya adalah program kolaborasi antara beberapa pihak iaitu:

a) Pembimbing Rakan Sebaya Politeknik Sultan Azlah Shah, Behrang (PRSP)
b) Unit Kaunseling Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
c) Unit Kaunseling SK Slim Village
d) PIBG SK Slim Village

Program ini akan bermula pada 4.45 petang Jumaat 17 Okt. dan tamat pada jam 2.45 petang Ahad. Ianya adalah berbentuk kem motivasi dan pengisiannya juga terarah kepada pembentukan akhlak murid. Semoga program ini akan mencapai matlamat yang dirancang.

Person-in-charge bagi pihak Politeknik ialah Pn. Noormala Bt. Abdullah, manakala bagi pihak sekolah pula diuruskan oleh En. Mohd Halin Othman. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan terus kepada mereka. GPI SKSV sekadar mewar-warkan program ini untuk pengetahuan semua.

Sunday, October 5, 2008

apa berlaku di SKSV minggu ini

Untuk minggu ini, terdapat beberapa program yang telah disusun atur untuk murid-murid SKSV...


Antaranya:

1. Menyertai Ihtifal jQAF peringkat Kelompok 5 pada hari Khamis 9 Okto. 2008 di SK Besout 3

2. Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah pada hari Jumaat - Ahad 10-12 Okto. 2008

3. Menyertai Ihtifal jQAF peringat Daerah Batang Padang hari Sabtu 11 Okt0. 2008 di SK Sungkai (jika layak pada hari Khamis)

ShoutMix chat widget