SELAMAT DATANG

...SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN SLIM VILLAGE. SILA HUBUNGI KAMI MELALUI TALIAN 05-4527387 ATAU E-MEL sk_slimvillage@yahoo.com UNTUK SEBARANG PERTANYAAN. TERIMA KASIH...

Wednesday, July 24, 2013

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran






26 Julai 2013 bersamaan dengan 17 Ramadan 1434 H merupakan hari Kelepasan Am bagi negeri Perak. Sehubungan itu sekolah akan ditutup esok (Jumaat) dan akan dibuka semula pada hari Isnin, 29 Julai 2013. 


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ia memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.



Selamat menyambut Nuzul al-Quran.

No comments:


ShoutMix chat widget