SELAMAT DATANG

...SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN SLIM VILLAGE. SILA HUBUNGI KAMI MELALUI TALIAN 05-4527387 ATAU E-MEL sk_slimvillage@yahoo.com UNTUK SEBARANG PERTANYAAN. TERIMA KASIH...

Monday, December 8, 2008

Saturday, November 22, 2008

Fatwa council says NO to yoga

KUALA LUMPUR, Sat:

Muslims in Malaysia should not practice yoga because it will erode their faith in Islam, a senior Islamic cleric said today.

“Yoga is forbidden for Muslims. The practice will erode their faith in the religion,” Abdul Shukor Husin, chairman of the government-backed National Fatwa Council, told reporters.

“We advice Muslims not to practice yoga. It does not conform with Islam,” he said in response to a call to ban Muslims from practising yoga.

Yoga, an ancient Indian aid to meditation dating back thousands of years, is a popular stress-buster in Kuala Lumpur.

Zakaria Stapa, a professor at the Islamic faculty of the Universiti Kebangsaan Malaysia, recently called on Muslims to stop practising yoga as it might cause them to “deviate from their faith”. Abdul Shukor said yoga involved physical and religious elements of Hinduism including the recitation of mantras.
He could not say how many Muslims were practising yoga but called on state authorities to punish those who do.

The fatwa council recently banned women from dressing or behaving like men and engaging in lesbian sex, saying it was forbidden in Islam. - AFP

Friday, November 7, 2008

UPSR diumum 13 November

PUTRAJAYA 7 Nov. – Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada 13 November ini, sehari sebelum cuti penggal persekolahan, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - Utusan

Tuesday, October 28, 2008

Kursus Kalkulator Saintifik

Hari ini akan diadakan Kursus Penggunaan Kalkulator Saintifik khusus untuk murid Tahun 6 dan guru-guru yang berminat. Masa yang dicadangkan antara jam 9.00 AM hingga 12.00 PM. Kursus ini anjuran Panitia Sains dan Matematik dengan kerjasama Jabatan Sains dan Matematik, Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang.

Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan di samping penerangan tentang cara penggunaan kalkulator saintifik. Hadiah-hadiah juga disediakan kepada murid yang dapat menjawab kuiz.

Semoga aktiviti bermanfaat sebegini selalu dijalankan untuk mengisi masa murid-murid Tahun 6 selepas UPSR.

Terima kasih kepada PSAS atas kerjasama yang diberikan.

Tuesday, October 14, 2008

Kem Motivasi di SKSV

Pada hujung minggu ini, satu program yang dinamakan KEM BINA DIRI DAN KHIDMAT MASYARAKAT akan berlangsung di SKSV. Ianya adalah program kolaborasi antara beberapa pihak iaitu:

a) Pembimbing Rakan Sebaya Politeknik Sultan Azlah Shah, Behrang (PRSP)
b) Unit Kaunseling Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
c) Unit Kaunseling SK Slim Village
d) PIBG SK Slim Village

Program ini akan bermula pada 4.45 petang Jumaat 17 Okt. dan tamat pada jam 2.45 petang Ahad. Ianya adalah berbentuk kem motivasi dan pengisiannya juga terarah kepada pembentukan akhlak murid. Semoga program ini akan mencapai matlamat yang dirancang.

Person-in-charge bagi pihak Politeknik ialah Pn. Noormala Bt. Abdullah, manakala bagi pihak sekolah pula diuruskan oleh En. Mohd Halin Othman. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan terus kepada mereka. GPI SKSV sekadar mewar-warkan program ini untuk pengetahuan semua.

Sunday, October 5, 2008

apa berlaku di SKSV minggu ini

Untuk minggu ini, terdapat beberapa program yang telah disusun atur untuk murid-murid SKSV...


Antaranya:

1. Menyertai Ihtifal jQAF peringkat Kelompok 5 pada hari Khamis 9 Okto. 2008 di SK Besout 3

2. Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah pada hari Jumaat - Ahad 10-12 Okto. 2008

3. Menyertai Ihtifal jQAF peringat Daerah Batang Padang hari Sabtu 11 Okt0. 2008 di SK Sungkai (jika layak pada hari Khamis)

Monday, September 1, 2008

Koleksi Berita : Perak juara keseluruhan

Isnin, Julai 14, 2008





KUALA TERENGGANU: Perak mendapat johan keseluruhan dalam Festival Nasyid Kementerian Pelajaran Malaysia.

Perak mendapat johan bagi kategori menengah, naib johan kategori rendah. Acara itu disertai 16 kontinjen dari seluruh Malaysia.

Majlis ini disempurnakan pada 9 Julai 2008 dan disempurnakan oleh MB Terengganu Datuk Ahmad Said. Ia telah diadakan di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu.

NUTP tolak Sains, Matematik guna BI di sekolah rendah

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), semalam menolak pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di peringkat sekolah rendah.

Pendirian terbaru kesatuan mewakili 135,000 guru itu yang sebelum ini menyokong program dilaksanakan Kementerian Pelajaran sejak 2003 diputuskan ketika Persidangan Perwakilan NUTP ke-18 di Pulau Pinang pada 24 hingga 27 Ogos lalu.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, berkata delegasi menolaknya selepas mendapati majoriti murid di sekolah rendah mengalami kesukaran mengikutinya terutama dari segi memahami istilah Sains serta Matematik dalam Bahasa Inggeris.

“Menerusi maklumat dan pandangan diterima daripada guru terbabit dalam PPSMI, murid di sekolah rendah terutama mereka di tahap satu (tahun satu hingga tiga) masih gagal menguasai istilah dua subjek itu ketika diajar dalam Bahasa Inggeris.

“Ia menyebabkan guru turut mengalami kesukaran mengajar kerana murid langsung tidak memahami apa yang diajar guru. Sehubungan itu, ahli menolak PSSMI di sekolah rendah kerana tiada faedah diperoleh jika situasi berkenaan berterusan.

“Bagaimanapun, NUTP tetap menyokong pelaksanaan PSSMI di peringkat sekolah menengah kerana murid masih boleh mengikutinya dengan baik kerana sudah mendapat sedikit pendedahan dari segi istilah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Pada 2002, Kabinet memutuskan Bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa berkenaan serta kualiti murid bagi melahirkan modal insan berkualiti.

Keputusan sama ada pengajaran dan pembelajaran subjek itu akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia akan ditentukan pada akhir tahun ini dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini akan diambil kira dalam menentukannya.

Selain itu, Kementerian Pelajaran juga menggunakan resolusi Persidangan Meja Bulat PPSMI yang dianggotai tokoh akademik, penyelidik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meneliti laporan kajian, tinjauan dan pemantauan berkaitan pelaksanaan PPSMI.

Mengulas lanjut, Loke berkata, pendirian NUTP itu tidak bermaksud pihaknya menolak serta merta PPSMI di sekolah rendah sebaliknya mencadangkan supaya ia melalui proses penambahbaikan sebelum diperkenalkan semula.

“Kami mencadangkan supaya istilah Sains dan Matematik diajar dalam silibus subjek Bahasa Inggeris bermula dari peringkat prasekolah sehingga darjah tiga bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa berkenaan.

“Selepas yakin murid dari peringkat itu sudah boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula PPSMI di sistem pendidikan negara,” katanya.

Thursday, July 24, 2008

Lagu Sekolah



LAGU SEKOLAH

ILMU PANDUAN HIDUP



MENJUNJUNG HARAPAN NUSA BANGSA

KE ARAH WAWASAN PENUH JAYA

BERGEMA COGAN KATA

ILMU PANDUAN HIDUP




PENGETAHUAN ILMU KEMAHIRAN

MODAL INSAN KITA SEIMBANGKAN

KE MERCU PUNCAK JAYA

HARAPAN PENUH BERMAKNA




BERSUNGGUH DAN BERUSAHA **

AYUH MAJUKAN SEKOLAH KITA

SAHUT CABARAN BERKETRAMPILAN

HARUMKANLAH NAMANYA




MARI BULATKAN TEKAD

MAJU TERUS MARA KE HADAPAN

HADAPILAH SEGALA RINTANGAN

PASTI HADIR KEJAYAAN




SEKOLAH KEBANGSAAN SLIM VILLAGE

KAMI TEKAD DAN KAMI BERJANJI

MAJULAH OH WARGANYA

ILMU PANDUAN HIDUP.

Wednesday, July 23, 2008

Latihan Kebakaran di SKSV

Latihan Kebakaran di Sekolah Kebangsaan Slim Village telah diadakan pada hari Khamis, 24 Julai 2008. Syarikat Natang Enterprise yang menyediakan servis Alat Pemadam Api telah memberikan kerjasama memberikan tunjukajar pada semua murid dan guru-guru SKSV.


(Gambar Hiasan)


Semua pelajar berminat menyertai latihan kebakaran ini. Mereka nampaknya cukup berani menggunakan 'fire Extinguisher' dan tidak takut dengan api yang panas membara.

(Gambar Hiasan)

Peringatan kepada semua: Api semasa kecil menjadi kawan . Kita biasa menggunakan mancis api untuk memasak di dapur . Kita biasa bawa pelita untuk ke mana-mana pada waktu malam. Kita selalu gunakan mercun dan bunga api ketika perayaan . Tapi ingat, apabila api menjadi besar dan marak , mungkin ada yang yang akan marah dan parah.

Program Guru Siswazah PERCUMA...

KUALA TERENGGANU 22 Julai - Sebanyak 15,000 guru sekolah rendah berpeluang mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGRS) bertujuan meningkatkan kelulusan akademik mereka mulai tahun ini.


Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan guru-guru besar sempena majlis perasmian Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan GMGBM di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PGRS yang akan ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara selama lima tahun mulai 17 November 2008 hingga 2012 akan menyediakan program pensiswazahan secara percuma kepada guru yang mengikuti program itu.

Menurutnya, program yang melibatkan tempoh pengajian selama empat tahun itu akan diadakan semasa musim cuti persekolahan dengan unjuran pengambilan seramai 3,000 orang guru setiap tahun.

''PGRS merupakan antara program baru yang dirancang dalam usaha mencapai sasaran 50 peratus daripada kira-kira 140,000 guru sekolah rendah di seluruh negara terdiri daripada golongan siswazah menjelang 2010," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia ke-14 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, PGRS akan melibatkan penawaran pelbagai mata pelajaran dan para peserta program akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) selepas tamat pengajian.

Beliau memberitahu, setakat ini maklum balas yang diterima daripada para guru sekolah rendah terhadap PGRS amat baik dan menggalakkan.

''Iklan mengenai program ini disiarkan pada 15 Julai lalu menerusi akhbar tempatan dan permohonan juga dibuka secara dalam talian dan maklum balas yang diterima amat baik.

''Kementerian Pelajaran mungkin meningkatkan peruntukan dalam melaksanakan program ini berdasarkan maklum balas yang diterima," ujarnya.

Beliau berkata, selain PGRS terdapat beberapa program lain yang diadakan bagi meningkatkan tahap kelulusan guru sekolah rendah seperti program kerjasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan universiti-universiti tempatan lain.


-dipetik dari utusan.com.my

-klik di sini untuk ISI BORANG PGRS

Pengguna Berdaftar : 24061
Pengguna Memohon : 14603

setakat jam 6PM 23 Julai 2008. Tarikh tutup 15 Ogos 2008

Tuesday, July 22, 2008

Pertandingan Silang Kata

Satu pertandingan silang kata akan diadakan di Dewan Perdana SKSV pada 24.07.08

Pentadbiran Tertingggi SKSV



Guru Besar
Pn. Hjh. Jamilah Bt. Ismail




PK Pentadbiran
En. Azhar Bin Abdul Aziz





PK Hal Ehwal Murid
Tn. Hj. Azli Bin Aman





PK Kokurikulum
Pn. Norisa Binti Razali

Program Galakan Membaca 2008

Senarai Aktiviti Sempena Minggu Membaca 2008


  1. Pelancaran Bulan Membaca
  2. Bakul Bergerak
  3. Mewarna Poster Minggu Bahasa
  4. Hentian Ilmu / Laluan Iqra'
  5. 5 minit Bersama Buku
  6. Teka Silangkata
  7. Merentas Dunia
  8. Pertandingan Sajak
  9. Deklamasi pantun
  10. Mari Mengeja
  11. Persembahan
  12. Majlis Penyampaian Hadiah

ShoutMix chat widget