SELAMAT DATANG

...SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN SLIM VILLAGE. SILA HUBUNGI KAMI MELALUI TALIAN 05-4527387 ATAU E-MEL sk_slimvillage@yahoo.com UNTUK SEBARANG PERTANYAAN. TERIMA KASIH...

Tuesday, July 14, 2009

UB3 & Percubaan UPSR

Selasa 14 Julai.. maka bermulalah peperiksaan percubaan UPSR kepada semua pelajar Tahun 6. Peperiksaan ini diadakan selaras bagi negeri Perak. Bagi murid Tahun 1-5 pula, mereka turut menduduki peperiksaan pada kali ini. Ujian Selaras 3 dijalankan serentak dengan peperiksaan percubaan UPSR.


SELAMAT MENJAWAB...

Sunday, July 5, 2009

Keratan Akbar: Orang Asli diminta kejar pendidikan

dipetik dari Utusan Online
06/07/2009 10:03am

ROMPIN 6 Julai — Masyarakat Orang Asli diminta memandang serius aspek pendidikan bagi memastikan mereka tidak terus tercicir dalam bidang itu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata sudah tiba masanya masyarakat itu mengutamakan pendidikan anak-anak mereka untuk seiring maju dengan masyarakat lain.

Katanya pelbagai kemudahan untuk tujuan pendidikan diberikan kerajaan bagi memastikan mereka tidak tercicir namun kesempatan itu tidak dimanfaatkan oleh kebanyakan mereka.

“Kita mahu pastikan tiada antara mereka yang tercicir dalam pelajaran malah kita harap mereka tidak mengambil kesempatan terhadap apa yang disediakan kerajaan dengan meminggirkan pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat Orang Asli di tiga buah kampung di sini semalam.

Maznah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata kerajaan yang selama ini menyediakan pengangkutan ke sekolah bagi yang tinggal jauh di pedalaman, yuran dan pakaian sekolah percuma, Rancangan Makanan Tambahan di sekolah serta wang saku sebanyak RM2 bagi setiap pelajar di peringkat menengah. - Bernama

Monday, May 25, 2009

Sambutan Hari Guru Fasa 2

Sambutan Hari Guru Fasa 2 akan diadakan pada hari Jumaat 29 Mei 2009.
Mesyuarat berkenaannya akan diadakan pada tengahari ini (Selasa 26 Mei)
Diharap semua guru dapat menghadirkan diri.

Sunday, May 24, 2009

Tuesday, May 19, 2009

Ladap Membina Blog

SKSV akan menganjurkan LADAP buat kesekian kalinya. Untuk sesi ini, ianya akan berkisar tentang Membina Blog dan Kegunaan dalam PnP.

Tarikh: 23 Mei 2009
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Makmal Komputer SKSV

* Sila bawa bersama komputer riba masing-masing (atau kepunyaan sekolah)

Friday, February 27, 2009

Monday, February 23, 2009

Sukaneka SKSV

Berikut dipersembahkan beberapa lagi gambar yang sempat di'snap'..
semasa Sukaneka dan Tarik Tali Pusingan Awal...
untuk tatapan pengujung blog alternatif
SKSV0029.blogspot.com



A: Bila nak mula ni? dah lama kami menunggu..
B: Excited nya nak lari bawa gelong rotan ni...
C: Dekat sangat ni.. x sempat nak speed nanti.. dah tamat.



A: Macam ni ke pegangnya??
B: Baju merah..escort.. baju putih.. pengiring.. vest.. wakil JPN (kunun2)
C: Sedia? Ok.. Smile.. SNAP!
D: Vroomm... vroommm... (eh! mana ada enjin daa...)



A: Kita nak tarik tali... tangan kena lentik macam ni!
B: Pinggang pun kena jaga..
C: Murid perempuan senang je lentik tangan... tapi tarik tali, menang ke??
D: Pengadil Tarik tali yang sangat adil... Adil ke?



A: Team Rumah Biru
B: Team Rumah Merah
D: Team Rumah Biru (P)


A: Macam salah je kaki org di depan tu?
B: Gaya tu...
C: Mu ni.. pegang molek gak! Supa toksir masuk jah!
D: Game ni.. kita letgo je.. lagipun pun.. mata kita dah banyak..

ShoutMix chat widget