SELAMAT DATANG

...SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN SLIM VILLAGE. SILA HUBUNGI KAMI MELALUI TALIAN 05-4527387 ATAU E-MEL sk_slimvillage@yahoo.com UNTUK SEBARANG PERTANYAAN. TERIMA KASIH...

Wednesday, July 23, 2008

Program Guru Siswazah PERCUMA...

KUALA TERENGGANU 22 Julai - Sebanyak 15,000 guru sekolah rendah berpeluang mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGRS) bertujuan meningkatkan kelulusan akademik mereka mulai tahun ini.


Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan guru-guru besar sempena majlis perasmian Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan GMGBM di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PGRS yang akan ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara selama lima tahun mulai 17 November 2008 hingga 2012 akan menyediakan program pensiswazahan secara percuma kepada guru yang mengikuti program itu.

Menurutnya, program yang melibatkan tempoh pengajian selama empat tahun itu akan diadakan semasa musim cuti persekolahan dengan unjuran pengambilan seramai 3,000 orang guru setiap tahun.

''PGRS merupakan antara program baru yang dirancang dalam usaha mencapai sasaran 50 peratus daripada kira-kira 140,000 guru sekolah rendah di seluruh negara terdiri daripada golongan siswazah menjelang 2010," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia ke-14 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, PGRS akan melibatkan penawaran pelbagai mata pelajaran dan para peserta program akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) selepas tamat pengajian.

Beliau memberitahu, setakat ini maklum balas yang diterima daripada para guru sekolah rendah terhadap PGRS amat baik dan menggalakkan.

''Iklan mengenai program ini disiarkan pada 15 Julai lalu menerusi akhbar tempatan dan permohonan juga dibuka secara dalam talian dan maklum balas yang diterima amat baik.

''Kementerian Pelajaran mungkin meningkatkan peruntukan dalam melaksanakan program ini berdasarkan maklum balas yang diterima," ujarnya.

Beliau berkata, selain PGRS terdapat beberapa program lain yang diadakan bagi meningkatkan tahap kelulusan guru sekolah rendah seperti program kerjasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan universiti-universiti tempatan lain.


-dipetik dari utusan.com.my

-klik di sini untuk ISI BORANG PGRS

Pengguna Berdaftar : 24061
Pengguna Memohon : 14603

setakat jam 6PM 23 Julai 2008. Tarikh tutup 15 Ogos 2008

No comments:


ShoutMix chat widget