SELAMAT DATANG
Thursday, July 24, 2008
Lagu Sekolah
LAGU SEKOLAH
ILMU PANDUAN HIDUP
MENJUNJUNG HARAPAN NUSA BANGSA
KE ARAH WAWASAN PENUH JAYA
BERGEMA COGAN KATA
ILMU PANDUAN HIDUP
PENGETAHUAN ILMU KEMAHIRAN
MODAL INSAN KITA SEIMBANGKAN
KE MERCU PUNCAK JAYA
HARAPAN PENUH BERMAKNA
BERSUNGGUH DAN BERUSAHA **
AYUH MAJUKAN SEKOLAH KITA
SAHUT CABARAN BERKETRAMPILAN
HARUMKANLAH NAMANYA
MARI BULATKAN TEKAD
MAJU TERUS MARA KE HADAPAN
HADAPILAH SEGALA RINTANGAN
PASTI HADIR KEJAYAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SLIM VILLAGE
KAMI TEKAD DAN KAMI BERJANJI
MAJULAH OH WARGANYA
ILMU PANDUAN HIDUP.
Wednesday, July 23, 2008
Latihan Kebakaran di SKSV


Semua pelajar berminat menyertai latihan kebakaran ini. Mereka nampaknya cukup berani menggunakan 'fire Extinguisher' dan tidak takut dengan api yang panas membara.
Peringatan kepada semua: Api semasa kecil menjadi kawan . Kita biasa menggunakan mancis api untuk memasak di dapur . Kita biasa bawa pelita untuk ke mana-mana pada waktu malam. Kita selalu gunakan mercun dan bunga api ketika perayaan . Tapi ingat, apabila api menjadi besar dan marak , mungkin ada yang yang akan marah dan parah.
Program Guru Siswazah PERCUMA...
KUALA TERENGGANU 22 Julai - Sebanyak 15,000 guru sekolah rendah berpeluang mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGRS) bertujuan meningkatkan kelulusan akademik mereka mulai tahun ini.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PGRS yang akan ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara selama lima tahun mulai 17 November 2008 hingga 2012 akan menyediakan program pensiswazahan secara percuma kepada guru yang mengikuti program itu.
Menurutnya, program yang melibatkan tempoh pengajian selama empat tahun itu akan diadakan semasa musim cuti persekolahan dengan unjuran pengambilan seramai 3,000 orang guru setiap tahun.
''PGRS merupakan antara program baru yang dirancang dalam usaha mencapai sasaran 50 peratus daripada kira-kira 140,000 guru sekolah rendah di seluruh negara terdiri daripada golongan siswazah menjelang 2010," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia ke-14 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, PGRS akan melibatkan penawaran pelbagai mata pelajaran dan para peserta program akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) selepas tamat pengajian.
Beliau memberitahu, setakat ini maklum balas yang diterima daripada para guru sekolah rendah terhadap PGRS amat baik dan menggalakkan.
''Iklan mengenai program ini disiarkan pada 15 Julai lalu menerusi akhbar tempatan dan permohonan juga dibuka secara dalam talian dan maklum balas yang diterima amat baik.
''Kementerian Pelajaran mungkin meningkatkan peruntukan dalam melaksanakan program ini berdasarkan maklum balas yang diterima," ujarnya.
Beliau berkata, selain PGRS terdapat beberapa program lain yang diadakan bagi meningkatkan tahap kelulusan guru sekolah rendah seperti program kerjasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan universiti-universiti tempatan lain.
-dipetik dari utusan.com.my
-klik di sini untuk ISI BORANG PGRS
Pengguna Berdaftar : 24061
Pengguna Memohon : 14603
setakat jam 6PM 23 Julai 2008. Tarikh tutup 15 Ogos 2008
Tuesday, July 22, 2008
Pertandingan Silang Kata
Program Galakan Membaca 2008
- Pelancaran Bulan Membaca
- Bakul Bergerak
- Mewarna Poster Minggu Bahasa
- Hentian Ilmu / Laluan Iqra'
- 5 minit Bersama Buku
- Teka Silangkata
- Merentas Dunia
- Pertandingan Sajak
- Deklamasi pantun
- Mari Mengeja
- Persembahan
- Majlis Penyampaian Hadiah